skip to Main Content
PENYERAHAN MEMORANDUM DANA TAMBAHAN PTPK RM500 JUTA KEPADA TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA

PENYERAHAN MEMORANDUM DANA TAMBAHAN PTPK RM500 JUTA KEPADA TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA

Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa FeMAC meneruskan lagi usaha untuk menggesa kerajaan memberi dana tambahan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran sebanyak RM 500 Juta bagi tahun 2018.

Presiden FeMAC, P.Sailanathan bersama Timbalan Presiden FeMAC, Haji Mazmadi bin Mohamad, Naib Presiden 2, Dr Helminiry Had bin Sabtu dan Setiausaha Agung FeMAC, En Mohamad Farid bin Ismail telah berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu YB Datuk Ahmad Maslan pada 10th Oktober 2017 bertempat di Pejabat beliau.

Mana-mana ahli yang mahukan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC di talian 019-3818855.

Terima Kasih.

Back To Top