skip to Main Content
MEMO : MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR DIDALAM SISTEM E-SKM JPK

MEMO : MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR DIDALAM SISTEM E-SKM JPK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli FeMAC.

Berpandukan perbincangan diantara En Mohamad Farid bin Haji Ismail, Setiausaha Agung FeMAC dan Puan Zuliah bt Darsong, Pengarah MOSQ JPK, adalah dimaklumkan kepada semua ahli bahawa tarikh pendaftaran pelajar di JPK telah dilanjutkan daripada 30 November 2017 kepada 15 December 2017.

Sehubungan dengan itu,pihak JPK menasihatkan kepada mana-mana PB yang masih belum mendaftar bolehlah mendaftar pelajar di dalam sistem E-SKM dan menekan butang “SIMPAN” dan tidak menekan butang “HANTAR” selagi bilangan pelajar mencukupi mengikut Pusat Bertauliah.

Selain itu, pihak JPK turut menasihatkan supaya semua PB tidak mendaftarkan pelajar-pelajar ke dalam sistem online secara last minute (mengikut tarikh 15 Disember) bagi mengelakkan masalah server-down E-SKM JPK.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi En Mohamad Farid bin Ismail, Setiausaha Agung FeMAC di talian 019-3818855.

Sekian, terima kasih.

Back To Top